TOP NEWS

5.6.09

SPM: Tidak Wajar Ada Had Subjek

1. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek (mata pelajaran) yang boleh diambil dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 10 sahaja adalah tidak praktikal dan tidak sesuai.


2. Dalam usaha kerajaan meliberalisasikan sektor pendidikan, mendahulukan kehendak rakyat dan mengutamakan pencapaian rakyat, para pelajar dan ibu bapa harus bebas menentukan berapa banyak subjek yang mereka mahu pelajari dan berapa banyak yang mereka mahu hadapi dalam SPM.


3. Menetapkan maksimum 10 subjek sahaja untuk diambil dalam peperiksaan SPM hanya menghalang kebolehan dan kemampuan sesetengah pelajar untuk menguasai banyak ilmu.


4. Saya percaya ramai pelajar yang belum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu. Justeru mereka lebih berminat mengambil banyak subjek agar lebih banyak bidang atau jurusan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.


5. Dengan mengehadkan mata pelajaran ia sekaligus mengecilkan skop pemilihan jurusan semasa memohon ke universiti atau kolej universiti.


6. Dalam masa yang sama kerajaan juga menghadapi dilema keghairahan kunmpulan tertentu mempertikaikan pemberian biasiswa kerana ada yang menggunakan jumlah A yang diperolehi sebagai benchmark atau tanda aras mempertikaikan pemberian biasiswa.


7. Hakikatnya bukan semua sekolah menawarkan belasan subjek untuk diambil dalam SPM. Jika ini digunakan sebagai tanda aras pemberian biasiswa, maka banyaklah anak-anak di luar bandar tidak akan mendapat biasiswa.


8. Justeru saya berharap Kementerian Pelajaran menimbangkan semula cadangan mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil di dalam SPM.


9. Sebaliknya, Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan garis panduan pemberian biasiswa yang jelas. Ini termasuk menentukan hanya 10 mata pelajaran terbaik; atau 10mata pelajaran wajib yang ditentukan oleh Kementerian, akan diambil kira dalam pertimbangan pemberian biasiswa.


10. Dengan ini ia tidak menyekat kebebasan anak-anak muda untuk mengambil seberapa banyak mata pelajaran pun. Ia juga mengelakkan kementerian dipersalah di masa hadapan jika ada anak-anak ini yang gagal masuk ke universiti kerana gagal mengambil mata pelajaran tertentu.


Read more...

Kerjasama erat Pakatan Rakyat dicemburui Umno/BN - Presiden PAS

SHAH ALAM, 5 Jun : - Kerjasama erat yang diperlihatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar PAS Pusat kali ke-55.

Ucapan itu disampaikan Ustaz Hadi di hadapan perwakilan dan pemerhati sempena muktamar ke-55 hari ini.

Menurut Ustaz Hadi, sepanjang tempoh setahun selepas Muktamar di Ipoh Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negara.

Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil � bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Beliau menegaskan, kesemua pilihan raya ini sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber Media Baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

"Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

"Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa iri hati dan merasa bahang kepanasannya," kata Presiden PAS.

Kemuncak daripada keangkuhan dan iri hati itu, Umno/BN melakukan tindakan tanpa susila, Umno/BN merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di negeri Perak Darul Ridzuan, ujarnya.

Ustaz Hadi juga menyatakan Umno/BN telah mengetepikan suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan tiadanya pemisahan kuasa dalam badan kehakiman.

Katanya lagi, kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik.

"Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan �standing order� Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa," katanya.

Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, kata Ustaz Hadi lagi.

Begitupun kuat cabaran dan ugutan yang dihadapkan ke atas PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerjasama erat yang terjalin tetap utuh menyebabkan lawan cemburu, katanya.

Justeru beliau mengingatkan kerjasama itu perlu diperkuatkan dengan temannya, PAS sendiri mendepani perubahan dengan tema 'Islam Memimpin Perubahan'. Harakahdaily.

Read more...

Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Tanpa menyebut nama Datuk Seri Mohd Najib Razak atau kes khusus yang dihadapi pemimpin negara itu, presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar pagi ini berkata:

"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

Abdul Hadi bersama dua lagi tokoh utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing bagi pihak PKR dan DAP - membuat gesaan yang sama kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Najib dilantik perdana menteri keenam, 3 April lalu.

"Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia," kata Abdul Hadi di depan kira-kira 3,000 perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan.

PAS melangsungkan muktamar tahunan ke-55 selama tiga hari sehingga Ahad di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mengulas kemelesetan ekonomi dunia, Abdul Hadi menyifatkan BN masih mengalami "sindrom sangkalan" terhadap amalan urus tadbir yang rakus, boros dan sarat dengan penyelewengan.

PAS turut mencadangkan penggunaan dinar emas menangani ketidaktentuan ekonomi dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

Sementara itu, presiden PAS turut menegaskan perlu kefahaman Islam yang sebenarkan digunakan untuk menafsirkan maksud agama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya keadilan Islam dapat ditegakkan.

Katanya, walaupun Umno meminda perlembagaan beberapa kali, tetapi tindakan itu "seperti tikus membaiki labu" demi mengekalkan kuasa politiknya semata-mata.

Mengulas soal penyertaan bukan Islam dalam parti itu, Abdul Hadi berkata, anggota-anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) perlu menjalani program orientasi bagi memahamkan mereka perjuangan PAS.

Beliau mencadangkan pindaan perlembagaan bagi menaiktarafkan kelab itu sebagai sebuah dewan di samping Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Mengulas peranan tiga sayap parti, Abdul Hadi meminta penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti digembleng dan diinstitusikan.

Katanya, ia bertujuan supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat terus menyumbang kepada parti. Dewan Ulama diminta melaksanakan tanggungjawab ini.

Sementara Dewan Muslimat pula diminta tidak mengesampingkan program ilmiah dan hiburan bagi mendekati generasi muda.

Katanya, kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Abdul Hadi juga menggesa Dewan Pemudanya "mengakhlakkan" program-program hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dianggap berada di luar ruang lingkup kegiatan parti.

"Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama," katanya dalam ucapan bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan.'

"Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam."

Selain tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat dan pemimpin politik, tokoh-tokoh sastera yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menggerakkan demonstrasi besar awal Mac lalu, turut hadir.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said malah dikurniakan "Anugerah Pejuang Bahasa" dalam satu majlis ringkas selepas ucapan dasar tersebut. Malaysiakini.

Read more...

4.6.09

Pegawai MB Kedah didakwa kahwini isteri orang
Jun 4, 09 5:58pm
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menyiasat kesahihan dakwaan sebuah laman blog kononnya seorang pegawai khasnya berkahwin dengan isteri orang.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat memberitahu pemberita hari ini bahawa pergerakan itu mengesan dakwaan berkenaan dalam satu blog baru-baru ini, lapor Bernama.

Katanya walaupun dakwaan laporan itu diperoleh daripada sumber yang boleh diragukan, Pemuda Umno memandang serius isu itu kerana ia melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan.

"Kita merasakan ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak dan undang-undang jenayah syariah yang secara tidak langsung membabitkan imej, maruah serta nama baik kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Perkara ini tidak patut berlaku, kerana pimpinan Pas memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai landasan politiknya, dan sekiranya benar berlaku, menteri besar perlu bertanggungjawab," kata Haris.

Mengikut laman blog bertarikh 26 Mac lepas, pegawai berkenaan telah bernikah dengan seorang wanita yang masih merupakan isteri orang selepas wanita itu tidak mendapat nafkah selama lapan bulan daripada suaminya.

Read more...

3.6.09

Mengapa Kakitangan Awam Tidak Menyokong Kerajaan?

Oleh : taufan

"Seperti yang kita semua maklum kerajaan BN kini cukup menjaga kebajikan kakitangan awam dengan memberi berbagai imbuhan dan keistimewaan. Bekas PM ke 5 iaitu Paklah sendiri pernah menaikan gaji kakitangan awam sehingga 35%. Ditambah pula dengan elaun cola dan lain-lain lagi. Kini PM ke 6 iaitu Najib Tun Razak juga melakukan langkah yang serupa dengan mempermudahkan kakitangan awam untuk dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Namun mengapa masih juga ramai kakitangan awam yang tetap tidak menyokong kerajaan BN? Saya sendiri banyak melihat contoh rakan-rakan yang bekerja bersama yang pro PR. Ada juga yang menjadi ahli UMNO namun tetap menyokong PR. Antara punca-punca mengapa ramai kakitangan awam tidak menyokong kerajaan adalah kerana ketidakadilan yang wujud apabila melibatkan UMNO dan BN itu sendiri dengan jentera kerajaan. Hinggakan segala program yang melibatkan UMNO dan BN perlu diberi bantuan dan sokongan.

Ketidakadilan yang berlaku dalam jentera kerajaan inilah yang telah membuka mata kakitangan awam supaya jangan menyokong BN dan UMNO yang seringkali menyalahgunakan harta kerajaan. Seringkali kakitangan awam menjadi kuda tungangan BN dan UMNO semata-mata kepentingan politik.Jika tidak hadir, maka perlulah menjawab surat tunjuk sebab. Keadaan akan lebih buruk lagi jika ketua jabatan tersebut mempunyai kepentingan dalam UMNO atau BN. Silap gaya markah SKT akan berkuranganlah.

Selagi BN dan UMNO terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, maka selagi itulah kakitangan awam yang protes akan tetap menyokong PR.

Read more...

1.6.09

Siapakah Chin Peng?

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura. Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China.

Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941. Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut.

Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun. Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah.

Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu. Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan.

Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya . Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan.

Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid. Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. . Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya.

Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand. Kemerosotan Komunis Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai. Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Read more...

ShoutMix chat widget

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP